Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Happy Birthday En. Suami :)


Assalammualaikum,



Selamat Hari Lahir En. Suami . Lambat pulak YY nak citer bab sambut besday nie kan, padahal tarikh nyer jatuh pada 2hb September bebaru nie . Hari Selasa, YY keje so tinggal lah En. Suami yang MC duk kat rumah . YY memang plan nak ajak pi makan jer, sebab kondisi dengan perut yang makin besar nie tak larat nak plan benda pepelik .



Balik keje, kitaorang pun sesiap lah . YY tanya dulu En. Suami nak pi KLCC ke atau MID Valley . So, En. Suami pilih Mid Valley, kata nya banyak sikit tempat nak berjalan cuci mata . Macam lah dia tue rajin bebenor berjalan, selalu pi memana terus ke tempat halatuju, bukan rajin sangat nak cuci mata pun .




Chilis Malaysia Klcc Mid Valley




Sampai Mid Valley, terus menuju ke CHILIS, ye YY nak bawak En. Suami makan di CHILIS . Tue yang suh buat pilihan nak KLCC ke Mid Valley, sebab yang terdekat 2 cawangan nie jer lah . Dah sampai apa lagi terus order makanan ler. Then YY bagi alasan nak pi toilet, padahal YY bagi tau kat wakil Chilis yang hari tue ada lah besday En. Suami, so desert nanti akan di bawa lepas makanan utama settle .




Chilis Malaysia Klcc Mid Valley



Tengah sedap enak menjamu selera , settle jer . Beberapa orang pekerja Chilis bawak desert siap ngan lilin sambil nyanyi lagu besday . Masa nie YY tengok muka En. Suami memang terkejut plus malu . Muhahahhaha, nak sangat surprise kan . Ini lah hasil nya , memang En. Suami terkejut sungguh . Dia ingat meja lain punya besday , sekali diorg datang kat meja kitaorg . Sayang betul YY memang rakam video saat surprise tue, tapi kat mana silap ntah video tak save plak.




Chilis Malaysia Klcc Mid Valley

Menu Pilihan En. Suami





Chilis Malaysia Klcc Mid Valley

Menu Pilihan YY .




Chilis Malaysia Klcc Mid Valley

Selamat Menjamu Selera




Bila pekerja Chilis dah pergi, kemain banyak soklan En. Suami . Camne Chilis boleh tau lah , bila YY pi bagi tau , dan memacam lagi lah soklan . Muhahahhaa, YY cakap lah, nak sangat surprise kan, itu jer lah yang YY mampu pun . Sebab tak sempat nak beli hadiah .Belanja makan dan nyanyi sikit ler gamak nya .



Chilis Malaysia Klcc Mid Valley

Masih terkejut .




Chilis Malaysia Klcc Mid Valley  Chilis Malaysia Klcc Mid Valley

Dapat kad besday dari Chilis, siap ada gambar kitaorang lagi .




Terima Kasih Chilis sebab duk nyanyi2 untuk besday En. Suami. Lepas makan , kitaorang berjalan kejap jer kat dalam Mid Valley tue, past tue balik arrr. Sebab kaki sekarang x larat dah nak jalan banyak , kejap jer bengkak dah .




P/S : En. Suami kata xnak pi Chilis dah, sebab malu . Hahhahaha.






Pregnancy 101 : Kelas Antenatal Ibu Mengandung PPUM



Assalammualaikum,


Sebenarnya YY sejak awal mengandung lagi dah duk usha Kelas Antenatal nie. Sebab banyak yang YY baca , sesuai buat first time parents . Bila google, banyak jugak spital yang memang buat Kelas Antenatal untuk ibu mengandung nie . Cuma bila tengok masa , ada yang buat weekend dan ada jugak yang buat weekdays.


Masa kandungan baru 5 bulan, YY ada lah cuba call PPUM tapi sayang masa tue Kelas dah penuh . Jadi, diorang akan email bila akan ada kelas nanti . Lagi pun, masa tue kandungan pun awal lagi jadi x kisah sangat lah menunggu lagi . So, dalam bulan 8 camgitue dapat email dari PPUM ada kelas bulan 9 nanti . Kebetulan kan memang En. Suami tengah MC , so boleh sangat lah nak pi , lagi pun Kelas nanti hari Sabtu memang cuti kan .




Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM



So, pepagi lagi pada hari kejadian YY dah kejutkan En. Suami . Memang YY nak sangat En. Suami ikut sama , lagi pun kelas nie memang kena datang berpasangan . Maklum lah , En. Suami anak bongsu , so banyak benda yang dia tak tahu , sama lah macam YY kansss walaupun anak sulung .



Kelas bermula pukul 8.00pagi sehingga pukul 3.00 petang . Makan pagi , tengahari dan minum petang disediakan . Bayaran hanya RM150 untuk dua orang . Memang sesuai kalau dapat bawak En. Suami, sebab sesama boleh belajar . Tapi kalau ada yang suami tak boleh ikut , angkut lah sesapa yang boleh temankan yaaa .



Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM

Pendaftaran Kelas Antenatal




Jadual Kelas Antenatal | Kelas Pendidikan Kesihatan Ibu Mengandung .
Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM




Semua Kelas memang sangat best dan ilmu yang di beri memang sangat berguna untuk YY dan En. Suami sebagai orang yang baru nak jadi ibu dan abah nie . Penyampaian dalam bahasa melayu tau , kot – kot lah ada yang tertanya – tanya kan . Sebab ada jugak Hospital yang buat dalam Bahasa English tau .




Pemakanan Ibu semasa Hamil dan Selepas Bersalin.

Topik nie menarik gak , kita belajar apa makanan yang boleh makan dan tak boleh makan. Termasuk lah kuantiti makanan . Susu wajib minum  yerr. Segala vitamin dan ubat yang doctor suruh makan, sila lah makan yerr. Jangan korang nak jadi doctor sendiri . Bak kata penceramah , vitamin yang doctor bagi dah memadai , tak perlu nak tambah suplement sendiri . Cuma kena lah ikut nasihat doctor yerr.





Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM



Penyusuan Ibu  , Mandikan Bayi dan Penjagaan Tali Pusat .

Bab Penyusuan ibu , memang YY ada lah bertekad nak nyusu kan selama yang mungkin . Kalau dapat sampai 2 tahun lah kan . Itu yang lebih baik . Dalam masa 6 bulan, seeloknya hanya di beri susu ibu . Jangan gatal – gatal bagi makanan pejal eh, perut baby kecik sesangat bersaiz duit 20sen , jadi susu ibu sebenarnya dah cukup untuk baby . Cuma kena bagi kerap lah untuk bagi baby kenyang . Bukan setakat belajar cara menyusu , cara nak mandikan dan dukung bayi , sampaikan cara nak bedung baby pun di ajar .




Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM


Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM




Macam YY yang bekerja , turut di ajar cara nak menyusukan baby bila bekerja nanti . Macam mana nak simpan susu , siap ada jadual untuk menyusu lagi . Diharap ibu kuat lah yerr #ShahYanaJr nak menyusukan awak . Doa sangat susu ibu tak mengecewakan ibu .




Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM



Susu Ibu kalau nak Simpan , mampu bertahan jika :

Di Bahagian Deep Freezer : 6 Bulan

Di Bahagian pembeku ( peti 2 pintu ) : 3 Bulan

Di Bahagian Sejuk ( bawah ) : 8 Hari

Di dalam suhu bilik : 4 Jam.




Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM



Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM



Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM

Bintang : Susu Perahan

4 segi : Bayi menyusu terus dari Ibu




Senaman Semasa Hamil dan Selepas Bersalin

Yang nie memang nest jugak . Sebab diajar secara praktikal . Kita siap buat senaman bersama dengan En. Suami . Di ajar cara pernafasan ketika kontraksi . Amalan senaman seperti kagel jugak di ajar . Elok untuk kita orang perempuan senaman nie . Urutan untuk isteri pun ada diajar, so senang lah suami nak urut isteri lepas nie.





Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM

Bersedia nak belajar bersenam




Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM

Bila baring tue memang lega dan best . Muhahahaha.



Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM

memikirkan diri yang akan memegang title abah .



Proses Bersalin dan Perancang Keluarga .


Ini Topik yang best jugak, bila doctor secara real nya menunjukan gambar ibu yang bersalin secara normal dan pembedahan . Ya Ampuunnn, bila tengok tue, rasa seriau gak . Ada yang siap menjerit , tutup muka lagi . Maklumlah lah, semua pestime. Cuak tue lebih sikit . Tak pasal ada suami yang kena tenang kan isteri . Siap di tunjukkan alat – alat yang di gunakan untuk bersalin .



Bila En. Suami tengok sendiri camne baby keluar secara normal , keluar lah ayat “ Susah jugak orang nak bersalin kan” . Apa lagi , YY pun kuar ayat, “ Tau takpe , ingat senang ke nak bersalin”. YY berharap sangat dapat bersalin secara normal, supaya En. Suami dapat tengok sendiri anaknya di lahirkan .



Bab perancang keluarga , Doctor terangkan secara detail pelbagai cara untuk merancang keluarga . Ada yang boleh dilakukan secara semula jadi atau ada yang perlu menggunakan ubatan atau pembedahan . Pilihan di tangan memasing .





Kelas Antenatal Ibu Mengandung Hamil 2014 2015 2016 2017 PPUM





Tamatlah kelas Antenatal yang YY dan En. Suami hadiri . Korang kalau berminat boleh lah google memana Hospital yang memang menyediakan Kelas camginie . Kalau nak pi PPUM macam yang YY pi nie . Boleh lah call sendiri yerr. Setiap bulan akan ada satu kelas .


Kelas Antenatal PPUM

03-79493965 – Cik Nadia

03 – 79492045 – Puan Noor Malla

03 – 79493172 – Unit Laktasi PPUM



Bayaran : RM 150 ( Pasangan Suami Isteri )

Makan Pagi , Makan Trengahari dan Minum Petang di sediakan .



P/S : makin berkobar nak tunggu baby lahir .





Pregnancy 101 : Seminar di Langkawi


Assalammualaikum,


Kisahnya, walaupun mengandung tapi memang YY jenis tak reti nak duduk diam. Ada jer benda nak buat. Kekadang En. Suami sampai bising. Yer lah, lampu rumah terbakaq pun YY boleh panjat sendiri tukar, x nyempat nak tunggu En. Suami balik keje. Muhahahhaa, mana lah tak bising dan kena bebel .



Nak dijadikan citer , masa usia kandungan masuk 7 bulan 2 minggu nama YY naik untuk ke Seminar di Langkawi . Semua kengkawan duk ingat YY xkan pergi , tapi awal- awal lagi YY dah setuju nak pi . Lagi pun, YY bukan ada masalah besar, En. Suami pun beri keizinan. Kalau x pi sekarang, nanti – nanti kena pi gak . Di buat masa tue dah ada anak, ke payah kan. Mana nak fikir anak lagi, nak fikir seminar lagi . Sementara anak duk dalam perut dediam, baik lah kita pergi eh . Padahal , bulan januari 2014 baru jer YY ke Langkawi dengan En. Suami .



Memula tue, YY terfikir gak nak naik flight. Dah survey dah tiket flight tapi bila fikir YY sengsorang, tak berani lah plak. Yang lelain kan naik bus yang disediakan . Siap YY dah amik surat dari Hospital Mizan oleh doctor untuk kelayakan naik flight. Kot lah kalau korang tak tau, kalau mengandung, usia kandungan dah masuk 7 bulan nak naik flight memang kena ada surat doctor yer. Kalau x, memang tak lepas lah kalau korang nak naik .


Seminar nie 4 hari jer , isnin sampai khamis. Pepagi Isnin En. Suami dah hantar YY ke Opis untuk naik bus bersama rerakan untuk ke Langkawi . Lepas tue , En. Suami pulang ke Seremban, sebab dia kan tengah mood MC 3 bulan sebab operate lutut masa posa hari tue . Bosan ler duk umah sengsorang, baik dia melepak kat seremban .



Bila naik bus, gerak kul 7 pagi . Pukul 3 petang baru sampai Jetty Kuala Perlis. Pukul 6.00 petang baru sampai destinasi iaitu Pulapol Langkawi . Ini lah tempat Seminar YY selama 4 hari . Ntah mana silapnya, YY yang mengadung nie dapat bilik kat tingkat 1 , katanya urusetia x terima apa – apa info cakap ada yang mengandung . Nasib ler tingkat 1 , gagah lagi YY naik tangga .




Seminar di Langkawi



Xyah citer bab seminar lah , kita citer bab berjalan dan shopping. Alah, macam tak tau memang Langkawi kan syurga membeli belah . Di tambah plak dengan tempat – tempat menarik kat Langkawi . Semua ahli seminar seramai 120 orang di bawa naik 3 bus untuk aktiviti lawatan dan membeli belah .



Seminar di Langkawi

Ce cari mana YY .



Memula kitaorang semua di bawa ke Cable Car. Tempat wajib pi tue kalau sampai Langkawi . YY pun , memang dah beberapa kali naik Cable Car nie . Kali nie, naik dengan bawak #ShahYanaJr sekali . Memula ada yang kata mengandung tak leh naik , YY x kisah sangat pun . Sebab dah pernah naik kan . Tapi kalau boleh , memang lah nak naik lagi . Feel dia mana nak sama setiap kali naik . Tambahan plak kali nie dengan anak dalam perut . Bila urusetia bagi tiket , semuanya di sponsor yerrr. YY sendiri tanya kat kaunter boleh ke mengandung naik , orang kaunter tue kata boleh jer takde masalah . So, apa lagi jangan lepaskan peluang . Mari kita naik Cable Car yer anak .



Seminar di Langkawi



Seminar di Langkawi




Seminar di Langkawi



Lepas naik Cable Car, aktiviti shopping lah plak . Tempat – tempat Shopping yang wajib pi Ismail Group , Idaman Suri dan RAM . Eh , lupa plak. Kitaorang siap di bawa ke Galeri Perdana yang menceritakan kisah Tun Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri Malaysia .



Seminar di Langkawi




Seminar di Langkawi




Apa yang YY shopping ?? Tak banyak pun . Coklat pun YY beli untuk ole – ole opis jer . Coklat yang pi bulan 1 pun x habis ada lagi dalam peti ais. Takde yang nak makan . YY beli kuali non-stick , kukus yang memang dah lama plan nak beli dan sudip . Muhahahhaa, benda wajib beli setiap kali pi Langkawi . Macam – macam patern dan saiz dah YY ada , semua dari Langkawi. Saje kumpul koleksi , senang sikit .




Seminar di Langkawi

Galeri Perdana




Seminar di Langkawi

berlatar belakangkan kereta yang pernah jadi milik Tun Mahathir



Seminar di Langkawi

Bengkak sudah kaki iolsss, penangan kandungan dah 7 bulan .




Malam terakhir, mesti lah ada malam mesra kan . Ada persembahan , cabutan bertuah dan on the floor . Seminar nie , di sertai oleh satu Malaysia punya staff . Jadi setiap formasi memang di wajib kan membuat satu persembahan . Formasi YY buat persembahan nyanyian dan fesyen show ala-ala lawak gitue . YY memang tak join lah, maklumlah berjalan sakan punya pasal sampai bengkak kaki. YY ingatkan bengkak kaki masa mengandung nie sakit, rupanya tidak. Sampai YY x perasan kaki bengkak . Bila ada orang tegur, then YY baru pasan kaki dah ikut corak kasut . Nampak tak , berjalan sakan tak hengat , sampai tak sedar kaki dah bengkak .



Seminar di Langkawi

Malam Mesra Seminar .



Seminar di Langkawi   Seminar di Langkawi

Masa untuk On The Floor




Seminar di Langkawi




Seminar di Langkawi




Hari terakhir, khamis lepas majlis penutup gerak lah balik ke KL . dari datang satu beg troly sahaja , balik pun still satu beg lagi . Tak beranak pun macam orang lain . Tapi , bertambah satu kotak kukus yang YY beli . Gigih mengangkat barang , tapi nasib ramai yang nak tolong bantu mak buyung nie . Alhamdulillah , syukur . The Best part, bila YY duk sebut nak Laksa, tapi xde kesempatan nak dapat. Kedai yang YY pi semua Laksa dah habis, ada lah sorang kakak nie sanggup suh urusetia pi beli , sebab mak buyung duk sebut kan . Laksa ada lah menu wajib kalau pi Langkawi . Terima Kasih kakak dan ursetia yang memenuhi permintaan tekak iolsss.




Seminar di Langkawi

Bersama Ketua Urusetia dan MC malam Mesra.






Surprise Birthday untuk Dato’di malam mesra.




Sampai KL 2 pagi , past tue pagi jumaat tue jugak masuk keje . Nampak tak kegigihan mak buyung kat situ . Harap nanti anak ibu kuat jugak macam ibu eh . Silap – silap kaki jalan macam ibu jugak . Itu lah kisah YY berseminar dengan berbadan dua . Nanti bila #ShahYanaJr besar sikit, YY pasti akan bawak dia ke Langkawi . Tempat yang dia dah pergi masa dalam perut lagi .








P/S : Setiap tahun pi Langkawi pun memang tak muak.







Resepi Roti John Mudah Dan Sedap


Assalammualaikum,


Sepanjang YY mengandung nie, tak banyak sebenarnya benda yang teringin nak makan . Kira kalau nak pun, semua makanan yang biasa makan jer lah. Bukan makanan pepelik pun. So, tetiba tekak nie teringin bebenor nak makan roti john . Tapi, bila nak tue lah macam payah bebenor nak dapat .



Akhirnya, YY amik keputusan nak buat sendiri . Lagi pun YY ada tengok satu rancangan nie, rancangan masakan tapi di buat versi drama pelakon nya rita rudaini dan Faizal Hussein duk buat roti john sendiri. Nampak senang jerk .


So, mencari bahan – bahan buat roti john lah kan :


Bahan – Bahan Nak buat Roti John :

1. Roti panjang ( roti hotdog )

2. Daging cincang

3. Bawang merah di potong dadu

4. Telor

5. Garam

6. Lada hitam

7. Planta





Cara – Cara nya :

1. Campurkan daging cincang , Bawang Besar , Garam secukup rasa , telor dan Lada hitam

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap



2. Sesambil tue korang sapukan sedikit planta di roti dan bakaq dalam kuali.

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap  Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap




3. Kemudian korang letak kan bahan yang digaul tadi kedalam kuali .

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap




4. Bila korang nampak cam daging nak masak sikit, tekap kan roti yang dah di leta planta tadi.

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap





5. Bila dah masak , boleh lah angkat .

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap





6. Ulang langkah hingga settle semua roti korang .

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap




7. Bila dah siap , boleh letak mayonis dan cili sos sesedap tekak korang .

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap





8. Roti John Sedap dan senang SIAP .

Resepi Roti John Senang & mudah & Sedap





Mudahkan , senang buat sendiri . Jimat banyak plak tueee. Maklum lah, harga Roti John sekarang boleh tahan jugak , yer lah kos bahan mentah mahal kan . Nie pun YY ada misi nak buat lagi . Bahan semua dah ada, masa jer belum ada . Muhahhahaha.




P/S : Selamat mencuba korang .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah