Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Menang RM40,000 dengan Kempen Shell Easy Win | #ShellEasyWin



Assalammualaikum,


Eh, eh mari kita sambung citer tentang Shell lagi. Amboi, sejak duk citer pasal Hello Kitty #ShellTokidoki , kemain semnagat dah macam duta Shell plak kan. Benda seronok , mesti lah kita suka kan.



Haaa, kali nie YY nak citer pasal hadiah lagi besar punya dari Shell . Korang nak menang besar tak ?? Sebelum tue, ce korang bayangkan bila korang ada cash RM 20,000 dalam tangan . Memang memacam korang boleh buatkan . Selesaikan hutang piutang , beli barang idaman , bawak keluarga bercuti dan memacam lagi lah benda best . Best kan bila impian jadi kenyataan .



Hadiah besar nie , ada pemenang setiap minggu tau . Contest SHELL EASY WIN bermula dari 7 Julai 2014 – 14 September 2014 . Banyak peluang boleh menang tue.



Shell easy win contest--Win up to RM40,000 weekly!



Cara – Cara menyertai Shell Easy Win :

1. Berbelanja minimum RM 30 dimana – mana Shell.

2. Isi borang dan jawab soalan mudah yang disediakan .

3. Kepilkan resit di borang contest , dan masuk kan ke dalam kotak di mana – mana Shell .

4. Selesai – Pemenang mingguan terpilih akan memenangi RM 20,000 cash


atau


Berbelanja minimum RM 30.00 dengan Shell V-Power untuk menggandakan hadiah kemenangan ke RM40,000 .




Hadiah Grand Mingguan

RM 20,000 x 1


Hadiah saguhati mingguan

RM300 x 250




Dengan Shell V-Power , pemenang boleh menggandakan hadiah kemenangan memasing .


Shell Easy Win



Ada jugak contest instagram tau . Biasalah , korang mesti suka bergambar dan upload dalam instagram korang kan . Ini lah peluang korang cuba nasib , mana tau gambar korang bawak tuah . Boleh menang dalam Shell Easy Win – Instagram Contest .



Cara – Cara Shell Easy Win – Instagram Contest :

1. Ambil gambar dengan Shell Easy Win polaroid di mana – mana Shell Terpilih .

2. Tulis caption pada gambar dengan ayat yang paling creative apa yang korang akan buat kalau menang RM 40,000 .

3. Hashtag #ShellEasyWin

4. Post dan Share di Instgram korang .


*** hati - hati yer bila bergambar di stesen Minyak Shell ****




Hadiah Shell Easy Win – Instagram Contest :

10 x cash Voucher bernilai RM 50 setiap minggu






*********************************



* Perbelanjaan minimum RM 30.00 untuk

- Semua Petrol Shell ( Shell Fuel Save 95 & Shell V Power )


- Mana – mana Shell Lubricant yang di beli di Shell Station.


- Pembelian di Select Shell Store ( kecuali tembakau, alkohol, eCard dan Touch 'N' Go )




Apa tunggu lagi . Jom lah kita terjah Shell. Menang besar jangan lupa YY tau . Smile




Maklumat lanjut :







P/S : Kalau menang , YY nak ...... ( macam - macam )

Hello Kitty x Tokidoki di Shell Select


Assalammualaikum,


Hai korang , nak tanya nie. Korang minat Hello Kitty tak ?? Alah Hello Kitty yang kiut miut tue. Bukan setakat budak – budak , mak budak pun boleh teruja tengok kecomelan koleksi Hello Kitty .



Nie YY nak habaq kat korang , Sesape peminat Hello Kitty dan jugak collector tue . Meh ler terjah ke Shell untuk mendapatkan koleksi Hello Kitty x patung tokidoki . Serius comel tau , now YY dah ada koleksi sendiri tapi baru 2 jer lah pun . Gigih tau letak dalam handbag, bawak kemana – mana . Dah macam peneman plak.



Hello Kitty Tokidoki

YY dah ada Apples Kitty dan Cow Kitty .  Berusaha nak tambah koleksi lagi nie .




Eh , jap . Korang ingat g Shell jer boleh terus dapat eh . No,… no,.. no… mesti lah ada cara nya. Korang kena lah beli apa – apa produk Select bernilai RM 6.00 atau barang – barang promosi Select , then baru korang layak membeli Hello Kitty x Tokidoki dengan hanya RM 9.00 satu .




Bukan setakat koleksi Hello Kitty x Tokidoki , korang boleh jugak mendapatkan Limited Edition Collector’s Kit yang bernilai RM 25 dengan hanya 50 mata ganjaran Bonuslink . Tempoh masa yang korang boleh kumpul Hello Kitty x Tokidoki ini adalah dari 1 Julai 2014 – 31 Ogos 2014 . Banyak masa lagi kalau korang berniat nak menjadi collector Hello Kitty .



Shell Hello Kitty x Tokidoki




Promosi ini tidak boleh digunakan untuk pembelian tembakau, alkohol, Touch’n Go atau ePay tambah nilai, Minyak Pelincir, FuelSave 95, V-Power 97, V-Power Racing dan Diesel.




Shell Hello Kitty x Tokidoki



Shell Hello Kitty x Tokidoki

Kotak collector esklusif Hello Kitty x Tokidoki




Bukan setakat korang sesuka kumpul tau . Now #ShellTokidoki ada pertandingan instagram dan kalau menang Grand Prize korang boleh dapat full set Hello Kitty x Tokidoki dengan kotak collector esklusif dan hadiah mingguan Produk Premium dari Shell Select. Pertandingan dari 1 Ogos 2014 – 31 Ogos 2014 .




Shell Hello Kitty x Tokidoki  Shell Hello Kitty x Tokidoki




Syaratnya , Instagram korang kena public eh . Then snap picture yang paling menarik, dengan Hello Kitty x Tokidoki korang . Letak caption , dan jangan lupa hashtag #ShellTokidoki . Senang kan, mana tau rezeki korang menang . Good Luck, dan jangan lupa ke Shell yer korang .





Shell Hello Kitty x Tokidoki







Shell Hello Kitty x Tokidoki



Maklumat lanjut boleh ke






P/S : Nak collect Hello Kitty x Tokidoki untuk anak yang bakal lahir, hihihhii.






Pindaan Jadual Peperiksaan KPSL N27 Tahun 2014

Assalammualaikum,


Peperiksaan KPSL N27 tahun 2014 . Sape amik ??? Alhamdulillah , YY dah pun lulus semua paper tahun lepas . So, tahun nie x perlu susah payah nak amik lagi . Citer bab LULUS ada kat SINI . YY dah Berjaya Temuduga jugak , Now masih menunggu penempatan . Harap xde lah tercampak jauh keluar dari KL. 


Untuk Makluman korang lah, kalau ada yang tak perasan . Untuk tahun 2014 ada sedikit perubahan tarikh peperiksaan dari tahun sebelum - sebelum nie . Peperiksaan selama 3 hari telah di jadikan hanya 2 hari untuk penjimatan . Yer lah , banyak jugak boleh jimat tue . Bila g peperiksan boleh claim perjalanan , dapat cuti tanpa rekod lagi . 3 hari tuee, memacam leh buat kan . 



Ini Jadual Asal :





Dan ini pekeliling perubahan Jadual Peperiksaan KPSL N27 - Tahun 2014






Good Luck eh untuk korang yang amik peksa tahun nie . YY tak reti lah nak bagi tips camne leh LULUS , tapi yang pasti YY jawab sampai jari rasa nak patah . Panjang berjela ko jawapan . Ntah betul ke tidak . Nasib lah LULUS. Muhahhahaha. 



P/S : Yang penting buku kena ada tagging, senang nak cari jawapan nanti . 






Kisah Raya 2014 bergelar Puan Isteri

 
Assalammualaikum,


Kemain memasing citer pasal raya kan , macam YY tahun nie beraya ala kadar jer . Maklum lah, tengah berdebar tunggu orang baru . Macam - macam hal yang jadi masa beraya .
 


IMG_8711

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin .


 
Cuti Raya .

Masalah bab cuti raya kat opis YY memang berlaku setiap tahun . Dapat Bos tetap nak yang ada kat opis 50-50 . Tambahan plak kat opis YY dah takde non muslim, jadi memang payah lah kan, kalau dah semua nak cuti .Opis YY ada 7 orang , 3 kena cuti sebelum dan 4 orang jer cuti selepas . So, 3 orang yang bekerja selepas tue termasuk lah YY . Dah kita pun raya tak jauh, terus x amik cuti raya . Hanya bercuti 4 hari yang ada tue jer . Raya ke 3 dah masuk keje . 




Ini Post Raya ke-3 di Instagram YY .
 


 
En. Suami Operation.

Sepatutnya En. Suami akan operation 3 hari sebelum raya . Tapi nasib baik dapat call dari Doctor yang suruh Operate seminggu awal, sebab tak nak ada yang beraya kat hospital . En. Suami Operation kat Lutut, sebab ada urat putus sebab bersukan dedulu. Memang selama nie ada buat fisio terapi , dan akhirnya perlu di bedah . Bab nie lagi buat YY tak semangat sangat nak beraya , sian kat dia dengan lutut operate, mesti payah nak berjalan kan. Tapi, biasa lah bila dah jiwa kental sebagai askar , sakit pun pulun gak . Berjalan macam tak sakit . Sepanjang beraya memang En. Suami yang drive , kecuali masa nak balik KL raya ke-2 memang dia dah tak larat sebab lutut dah berdenyut . 
 
IMG_4027[1]  IMG_4045[1]
Kengerian melihat bekas jahitan .
 


Budget Raya .

Agak kelaut . Yer lah , nak menyambut orang baru , so persediaan ala kadar. nak beli apa - apa pun fikir yang dalam perut nie . Banyak lagi persediaan tak buat . Jadi kena lah berjimat cermat . Bab baju raya , kalau ikut En. Suami memang tak nak beli , pakai apa yang ada jer tapi YY lah taknak, kononnya nak sedondon color. Kebetulan YY memang ada beli baju online nak pakai bila perut dah besar , jadi kita blasah jer baju itu buat raya . Jadi , En. Suami cuma perlu beli baju melayu biru untuk raya pertama , dan raya kedua recyle pakai baju nikah . Jimat , Jimat , Jimat . Tapi still lah ada peruntukan untuk duit raya kan.
 


 
IMG_8617

Makan – Makan di Pagi raya.



 
Ok, Sambung kisah raya plak . Dah nama nya tak cuti kan . Balik keje Jumaat tue , takde buat apa pun . En. Suami ajak balik seremban berbuka kat sana . Maklumlah, sepanjang puasa memang takde kesempatan lagi nak balik seremban . So, decide balik Sabtu . Sabtu tengahari gerak balik seremban . Alah, sekangkang kera jer . Dari KL x sampai sejam. Plus jalan clear giler . Merasa lah berbuka kat Seremban 2 hari , Sabtu dan Ahad . Lepas berbuka gerak lah balik ke Kg YY di Kajang . Muhahhahaa, jauh kan . Dalam setengah jam jer dari Seremban lalu LEKAS . memang lekas sangat sampai . 



 
IMG_8647

 
IMG_8652

YY sekeluarga di Kajang pagi raya .



 
Sampai Kajang , ibu memang dah siap masak . Memacam ada . Tapi nak sambung makan macam dah kenyang lah plak, so kita tunggu pagi raya jer lah . Malam raya sessi iron baju dan berborak sakan . Di samping tue plan mana nak pi beraya , maklum lah YY cuti tak lama . Walaupun En. Suami MC lama sebab Operation . 


 
IMG_8672   IMG_8681
IMG_8688   IMG_8690
IMG_8698   IMG_8706

Sessi bersalaman dan bermaafan .



 
Pagi raya di kajang , cam biasa lah . lepas sembahyang raya , makan , salam bersalaman dan bergambar sakan. Memasing tengahari pun berpisah .  Adik masuk keje sebab mmg dia tak cuti . Ibu , Angah , Kak Lang dan Nazri menuju ke kampung arwah ayah di Sg Buloh . YY dan En Suami plak ke senawang rumah Abang Ipar En. Suami sebab semua adik beradik memang brkumpul di senawang . Selesai beraya di Senawang , dah pi umah ipar duai , YY menuju plak ke kg Serting Ilir Kampung Ibu YY , dan dimana arwah ayah dikebumikan. So, kami semua ibu, angah , kak lang dan Nazri berjumpa balik di Serting Ilir kecuali adik.


 
IMG_4101[1]

Otw nak ke Senawang


 
IMG_4108[1]

Di rumah Abg Ipar, memang sampai tengah sessi bergambar.
 


IMG_4114[1]

Anak – Anak buah En. Suami . Ramai kan ?? ini pun ada yang xde .



 
IMG_4122[1]

Bersama Ipar Duai . Still Tak cukup Korum .




Lewat petang raya pertama , jumpa balik adik beradik di rumah Pak Ngah di Simpang Pertang. Satu - satu nyer adik - beradik arwah ayah yang tinggal . Setiap kali raya wajib ketemu, paling syahdu bila Pak Ngah sebijik Arwah ayah dalam banyak segi . Dah nama pun adik - beradik kan . 



 
 
Eh, macam panjang plak citer raya pertama YY sebagai Isteri . Yang best nya tak yah gaduh3 sebab raya pertama pi belah YY dan jugak belah En. Suami. Settle. 



Untuk Makluman, Sebab ada yang bertanya kan . En. Suami dah takde Mak dan ayah sejak dia kecik lagi . Anak bongsu dari 8 beradik. So, abg dan kakak lah tempat diri bergantung. Sebab tue, beraya ke rumah ipar duai jer. Xde Mak mertua dan Bapak mertua yer untuk YY . 
 

 
P/S : apa kisah raya korang ??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah