Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review Filem Bini Biniku Gangster

Assalammualaikum *__*,

Hokey, time tuk review filem. Semalam YY berkesempatan g Pra-tonton Filem Bini biniku Gangster. Terima Kasih MIG kerna beri peluang untuk YY menonton duu filem yang akan di tayangkan pada 22 September 2011.


Sinopsis :


Manja lakonan Yana Samsudin dan Herry (lakonan  Shaheizy Sam) adalah pasangan yang bahagia dengan perkahwinan mereka. Mereka sangat romantik dan saling sayang menyayang. Manja di mata Herry seorang surirumah yang rajin dan pandai melayan suami.

Ada satu rahsia yang tak diketahui oleh Herry, Manja rupanya menyembunyikan identitinya sebagai Ketua Kumpulan Gangster. Di pejabat , Herry selalu dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali dia dibuli pasti Mat Saja akan mendapat balasannya.
Walaupun dah 2 tahun Herry dan Manja bernikah, namun mereka tak dapat anak , sebab Manja mengalami kecederaan di perut pasa masa lepas. Disebabkan rasa bersalah kepada suaminya, Manja dengan rela hati mencari seorang wanita lain untuk dijadikan madu atau isteri kedua Herry. Baik betul Manja :)
Lagi satu agenda Manja untuk mengahwinkan Herry ialah kerena nak mengalihkan perhatian Herry kepada urusan lain, kerana Manja semakin sibuk setelah dijadikan Ketua Kawasan, dan kawasannya telah diganggu oleh Min Siam.
Manja melamar Reanna ( Intan Ladyana), rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Ada satu lagi rahsia, Reanna rupanya seorang gangster jugak dan mempunyai agenda tersendiri.
Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.

Pengarah BBKG.
credit picture to Ujang ( barisan pelakon dan pengarah )

Review :

Filem nie sweet dan comel2 ja antara manja ( Yana Samsudin ) dengan hubby nyer Herry ( Sam ). Touching bila bab manja sendiri yang lamar Riana ( Intan ) tuk jadikan isteri ke-2. Gegara sunyi sebab xde anak.

- Manja walaupun seorang isteri yang gangster, tetap sayang suami. Keje umah beres walaupun banyak hal gangster yang nak kena jaga. Sayang suami sampai sanggup melamar Riana untuk suami terchenta. Banyak aksi romantis bila scene suami isteri nie. kekadang mcm 18sx plak.

- Watak Herry( sam ), seperti biasa mengkagumkan. Bab2 lawak banyak dari lakonan sam. Bila dapat tahu isteri-isteri nyer x serasi bersama, sam berusaha menyatukan mereka.

- Ada lawak, ada touching jugak. Filem yang boleh di tonton. Yang penting suka sangat tgk lakonan watak2 utama filem nie.  Cuma bila bab Intan Ladyana, jadi gangster macam x kena lah. Bila bab lawan2 tue, x berapa nak jadilah. Tapi Yana Samsudin jadi gangster not bad.


Yana Samsudin VS Yana Yassin

BINTANG 8.5 / 10.

Jom TONTON , Tayangan mula pada 22 September 2011.

3 comments:

  1. jeles mak!

    hehehe..
    mcm best je cite ni..

    ReplyDelete
  2. Tayangan citer ni awal kan? Kalau tak bole kita jumpa... Hheee... Msred nampak yana preggers n cik epal....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah