Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Filem CHANTEK hasil karya Pierre Andre | Jom LIKE



Weeee ~~~ sape minat hasil karya Piere Andre. Meh sini nak kasi tahu yang Pierre Andre bakal muncul dengan satu lagi Filem Baru yang bertajuk CHANTEK. Pasti korang pun teruja kan. Terbitan Empat Samudera , selepas Al-Hijjab.Filem romantik komedi arahan Pierre Andre. Di pawagam 16 Febuari 2012 Gandingan Pierre Andre bersama heroin dari Indonesia - Nurul Ekasari





Sinopsis Chantek

AD,seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan dengan dijaga oleh CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan.

 Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan kini mereka berdua telah jatuh cinta. Tetapi apabila CHANTEK terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, CHANTEK terasa diperbodohkan oleh AD yang mempergunakannya sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas telah melarikan diri. 

Selama sebulan AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Akhirnya AD terjumpa CHANTEK namun masihkah CHANTEK sudi menerima semula cinta AD? Saksikan sebuah filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!



So, ada rasa macam x sabar tak nak tonton Filem Baru hasil arahan Pierre Andre. Apa lagi, meh sini LIKE FANPAGE CHANTEK di FACEBOOK . Mana tahu ada peluang menang hadiah menarik, sebab bakal ada peraduan tau. Cecepat LIKE.






CHANTEK Official Trailer





Info CHANTEK
Filem : Chantek
Genre : Romantik Komedi
Durasi : 90 minit
Tarikh Tayangan : 16 Februari 2012
Klasifikasi Filem : U
Syarikat Penerbit : Empat Semudra Plantation Sdn Bhd
Penerbit : Hisham Bin A.Karim
Pengarah : Pierre Andre
Penulis Skrip : Pierre Andre
Penulis Lakon Layar : Pierre Andre
Pengarah Fotografi : Rahimi Bin Maidin
Pengarah Seni : Mohd Fazreen Bin Mohammad Sabari
Pembantu Pengarah : Dharma Aizat Baharum & Amal Ariff Ahmad Yusri
Penyunting : Ahmad Mustadha
Pengedar & Promosi : Alternate Pictures Sdn.Bhd
Barisan Pelakon
Pelakon Utama : Pierre Andre sebagai AD
Pelakon Utama : Nurul Ekasari sebagai Chantek
Pelakon Pembantu : Maimon Mutalib sebagai Ibu Citra
Pelakon Pembantu : Kin Wah sebagai Sam
Pelakon Pembantu : Abon sebagai Penerbit

Kalau Filem hasil karya Pierre Andre, mmg tak mahu lepaskan peluang menonton. Pasti xkan menyesal punyer. Sokong lah industri perfileman Malaysia. Eceeeeh !! dah macam duta Filem plak. Muhahahhahaha !!!!

Kat SINI  kisah 'dating' dengan Pierre Andre. Teruja wwwwowwwww !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah