Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Review | Filem Hoore Hoore : Sinopsis & Trailer - Terbaaaik Tourkk


Weee ~~~ Sape tak kenal Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad. Seorang lagenda dan idola di dalam dunia hiburan. Melewati 2 dekad pemergian beliau, jasa dan sumbangan beliau tidak pernah dilupakan.Bagi memperingati penghibur no.1 Asia ini, Astro Shaw Sdn Bhd (ASHW) dengan kerjasama Real Film Sdn Bhd menghasilkan sebuah filem muzikal dengan menggunakan lagu-lagu Allahyarham yang mana pertama kali diterbitkan di Malaysia. Filem ini bakal berkumandang di seluruh Malaysia bermula 24 Mei 2012.



Bercanda Dipasiran Pantai, Basikal Tua ( Hidup Sederhana ), Hoore! Hoore!, Salam Terakhir, Kasih, Milik Siapakah Gadis Ini, Merisik Khabar, Ayah dan Ibu, Pelangi Petang, One Thousand Million Smiles ( versi Melayu ) , Anak Gembala dan Terasing , Balik Kampung dipilih bagi mewarnai filem ini.

Menampilkan Akim Ahmad bekas Bintang Akademi Fantasia musim ke-7, pendatang baru Nurfarah Nazirah dan Kilafairy memberikan dimensi dan warna baru kepada dunia perfileman tanah air. Hasil yang mereka tunjukkan amat luar biasa bersama gerak tari, gaya lakonan dan nyanyian mampu menarik penggemar filem tempatan.

 Filem ini turut didokong oleh nama-nama besar antaranya Adibah Noor, Aznil Hj Nawawi, Harun Salim Bachik, Fauziah Nawi dan Sahronizam Noor. Filem yang akan berada di 64 pawagam di seluruh Malaysia ini telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan 
Janda Baik, Pahang. 


Pelakon Baru 

Seorang Anak sedang memujuk mak yang berkecil Hati

Cinta sudah mula berputik

Akim memegang watak Johari, seorang ketua Pengawas

Budak Nakal

Persaingan dalam Rancangan Ratu Idola

 Happy Ending

Watak gedik Kilafairy menjadik.


Sinopsis Hoore Hoore

Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, cirri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.

Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu.

Trailer 




Saw Tiong Hin - Pengarah Hoore Hoore


Akim - Hero Hoore Hoore

NurFarah Nazirah - Heroin Hoore Hoore

    


Review :

Ini adalah Filem terbaik yang YY tonton setakat ini. Lagu - lagu yang menarik dan mencuit hati. Lakonan setaip pelakon, walaupun masih baru agak baik. Suka Duka dalam Filem ini boleh membuatkan korang gelak terbahak dan juga menitiskan Airmata. Touching weiii, mamat kalau macho pun mesti mengalir airmata. Korang tak kan menyesal dan rugi kalau ke panggung untuk menonton Filem Hoore Hoore nie. Terbaik dari karya Saw Teong Hin . Kisah persahabatan , kekeluargaan buat korang akan menghargai apa yang ada. Banyak pengajaran dalam citer nie. Antara dialog yang mencuit hati, "Aku ke Mak Kau , Motor tue Mak Kau ", dialog Fauziah Nawi. Kenapa beliau cakap camgitueee, korang kena lah tgk eh.

Bila YY tanya Farah, heroin Hoore Hoore " suara sedap, memang ada belajar vokal ke? Kata Farah, nyanyi sesuka jer kat bilik air. Erghh, kalau dah berbakat nyanyi sesaje pun sedap suara nya. Korang mesti jatuh cinta lah bila dengar lagu2 yang ada dalam Filem nie. Audi Mok sebagai pengarah muzik agak berjaya yaaa. 










5/5 Bintang . 




p/s : Ini Pandangan peribadi YY, korang kena tengok sendiri baru tahu betapa best nyaaa.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah