Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

#TripMediaCherating | Aktiviti bersama Gajah di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah.


Assalammualaikum,

Wee ~~ YY dah rasa macam Blogger Tourism plak. Maklum lah asik pi cuti-cuti Malaysia jerk. Sebelum nie YY dah Follow Majalas Santai ke Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan now ke Cherating plak. Memang best trip Majalah Santai Travel bersama Tourism Malaysia. Aktiviti semua menarik dan penginapan pun best belaka.

Pagi2 lagik kami dah berkumpul di Matic , Jalan Ampang. Pukul 6pg dah kena ada uolss. Tapi macam biasa, haruslah ada yang lambatkan. Jadi Bus bertolak dalam pukul 7pg. Brenti bekpes kat R7R Genting Sempah dan meneruskan perjalanan. Tempat persinggahan pertama adalah di Kuala Gandah tempat pemuliharaan Gajah.

PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN, KUALA GANDAH.



Pusat ini di buka dari tahun 80-an. Tapi masa tue tak dibuka untuk orang ramai, lagi pun belum komersial jadi ramai yang tak tahu.Bila dah dibuka untuk orang ramai, jadi berpeluang lah sesape yang nak merasa bagi makan gajah, naik gajah dan mandi kan gajah. Yang best nyer masuk adalah PERCUMA yaaa. Tapi kalau nak naik gajah, terhad sehari 100orang jerk. Maklum lah, kang reramai mengamuk pulak gajah nya kepenatan. Tak pasal masalah lain timbul.

Kitaorg dapat sticker yang color hijau tue. Dapat semua aktiviti.
 Korang kena datang awal kalau nak merasa naik gajah, sebab terhad tau.

Blogger yang ikut Trip Media ke Cherating
Anne , Ruby , YanaYassin , NisaKay , Mejah


Memula, sebelum kita melakukan aktiviti bersama gajah, kitorg di tontonkan dengan video mengenai misi menyelamatkan gajah untuk di pindahkan ke habitat asal. Sedih jugak bila nengok nyer. Yer lah, kang kalau tempat yang tak sesuai, gajah boleh buat perangai mengganggu penduduk kampung.

Kemudian, baru lah masa untuk bag gajah makan. Memang teruja habis sebab boleh tgk gajah depan mata, siap main suap2 makan lagi. Memang pengalaman yang lain dan seronok sangat.




Sessi pagi gajah di beri makan Tebu. Nampak muka tetakut , tapi teruja.

Nie masa bagi makan baby gajah. 



Bila dah bagi makan, kita buat aktiviti menaiki gajah pulak ya. Memula macam takut, serius takut lah kan gajah buat perangai, mahu melambung YY. So, memula nak naik bertiga ngan Mejah dan Ruby. Sekali Ruby takut plak. Dah YY naik dengan Mejah jerk. Opss !! Jangan gosip yer, sebab Mejah tue dah macam adik YY jerk. Memula tak nak ler pegang orang depan, sekali ada org yang jaga tue cakap, baik pegang takut jatuh bila gajah buat perangai. Waaah, statement agak menyeramkan yaa. Nasib baik hari tue semua bebaik belaka. Jadi selamat lah kami. Terasa tau tulang gajah tue, dan bulu2 yang tajam terasa menyusuk di kaki. Auww, geli tau.

Muka seronok plus takut sebenarnya

Hebat lah Abg Sham snap, siap bulu gajah leh nampak tuee.


Kemudian, mari kita mandi. Yeaaah, mandi bersama gajah yaa. Tapi baby gajah jer tau. Kang bagi mak bapak gajah, takut tak larat plak korang nak mandi kan. Sebab besor sangat. Ramai sungguh yang berminat nak mandi dan gosok-gosok gajah kan.

2 ekor baby gajah bersedia untuk di mandikan.

Picture Credit to Abg Sham

Seronok mandikan gajah



Meh layan video macam mana Gajah buat terima kasih.


Jadi, korang boleh lah datang ke tempat menarik nie. Masuk adalah PERCUMA. bawak lah keluarga, kengkawan untuk merasa pengalaman baru bersama gajah yang jinak dan cerdik. Call 09-2790391 untuk tempahan. Maklum lah, terhad kan kalau nak merasa aktiviti seperti menaiki gajah. 



Buat tempahan untuk buat korang tak stress kekalau tak dapat nak naik gajah nanti :))



Untuk maklumat lebih lanjut sila lawati www.wildlife.gov.my






3 comments:

  1. assalamualaikum..eh??cik nisa pun ade..hehe..sy geli lah nak pegang gajah..takut pun ade jugak..hihi..semua binatang kot sy tkt..hahah..btw, sy dah follow belog awk,,kalo free leh lah singgah..nak follow pun ok jugakk...hehe

    ReplyDelete
  2. bulu gajah tu mmg kasar sngt dah cam berus hihihi.. geli.. x gi deerland k???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah