Entri Terkini Yana Yassin

Recent Post no Thumbnail by Bina Blog

Celcom Cupcakes Challenge Boleh menang Hadiah Wang Tunai



Assalammualaikum,


Yuhuuu, hai korang. Tahu tak yang Celcom akan buat satu contest yang menunjukkan yang korang sayang kan Malaysia. Kan Malaysia tahun nie menyambut kemerdekaan yang ke - 55 dan hari Malaysia pada 16 September nie. Sape yang tak sayang negara Malaysia yang aman damai dan mempunyai perpaduan yang tinggi. Kita patut berbangga kerana Negara Merdeka buat kita hidup dengan selesa.


 
548173_10151396438463356_1754606283_n

 
Alamak, intro bukan main panjang lagi kan. Mesti korang nak tahu contest apa kan?? Yeaaah, contest yang korang kena buat cupcakes yang bercirikan Malaysia. Boleh menang hadiah best tau, siap ada wang tunai lagi. Contest nie akan berlangsung dari 30 Ogos 2012 - 20 September 2012 . Semua rakyat Malaysia boleh join contest nie uolsss. Cupcakes korang tue mesti berciri kan Malaysia, Suka hati korang nak design camne. Nak idea, meh YY tunjuk macam mana gigih nya YY buat cupcakes Bendera Malaysia bersama Celcom di The Cooking House .




 
Jom Buat Cupcake @The Cooking House

 
Pepagi lagi YY dah sampai kat The Cooking House,Desa Sri Hartamas destinasi di mana YY akan belajar buat cupcakes. First time tau YY nak buat cupcakes nie, maklum lah bab masak memang sedikit kureng, kalau suh makan jer YY laju. Muhahhahaha. Sesampai jer dah nampak bahan - bahan yang YY akan gunakan untuk buat cupcakes.

 
The Cooking House

 
                    En Zalman Aefendy Zainal Abidin                   Chef Lu Soo Chee


 
Acara dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Ketua Pemasaran Celcom Axiata berhad, En Zalman Aefendy Azinal Abidin. Sedikit penerangan di berikan mengenai Contest Cupcake nie. Dan penggunaan Facebook sebagai medium penyebaran maklumat. Chef yang telah menjadi sifu buat YY dan teman-teman ialah Lu Soo Chee, seseorang yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam membuat kek dan hiasan.



Ok, Jom Mulakan Buat Cupcake

Celcom Cupcakes800



Bahan - Bahan membuat Cupcakes 
Tepung , Tepung penaik , Mentega , Gula , Telur , Essence Vanilla dan Susu



 
Muka – muka yang teruja yang nak buat cupcakes


 
Setiap kumpulan ada 2 orang, YY bersama dengan Cik Lily satu team. Kitaorang memang teruja habis sebab tak pernah buat cupcakes. Kira ini pengalaman pertama kami lah. Sedaya upaya kitaorang iku arahan Chef, takut nanti cake nyer tak menjadi. Sesambil membacuh dan memutar bahan buat cupcakes, harus lah bergambar. Rasanya kitaorg yang paling riuh kot. Selari sungguh mulut dengan tangan kan. Muhahhaha, memang enjoy.

 

Cara – Cara buat Cupcakes Mudah.

Memula putar kan Tepung bersama mentega. Jangan Kembang sangat. Kemudian masuk kan Essence Vanilla. Then Baru masuk kan telur. Telur nya masuk kan satu-satu tau. Kira masuk kan sebiji, dan putar then masuk kan sebiji lagi , last masuk kan susu. Jangan overmix yaaaa.


 
Adunan yang sudah siap di putar dengan menggunakan kuasa tangan kami. Siap sedia untuk di masukkan kedalam cup dan di bakar.
 

Nampak, betapa gigih nya YY nak masuk kan adunan ke dalam cup. Masuk kan dalam satu sudu , lebih kurang satu cup sahaja. Sebab nanti cupcake nyer akan mengembang naik tau.
 


Usaha Tangga Kejayaan , semua bertungkus-lumus masuk kan adunan ke dalam cup.

 

Masukkan dalam Oven , Dibakar dalam suhu 180 C / 13 minit jer yaa. Dalam hati doa supaya Cupcakes menjadi dan gemok dengan cantik seperti YY yaaa, muhahhaha.


 
Iklan jap sementara Tunggu Cupcakes masak.

 

Yeaaaah, cupcake dah siap masak. Masa untuk Hiasan.
 



Sebelum nak buat hiasan, dah tentu lah kita kena sediakan “buttercream frosting”. Kira ini lah part yang paling penting sekali. Kalau salah bancuh, susah nak décor nanti, kalau keras sangat pun x boleh décor. Jadi, kena berhati – hati yaa. Bahan – bahan yang digunakan Mentega, Icing sugar dan susu. Putar sehingga tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.



 
Jom kita buat Buttercream Frosting pulak. Masa untuk mendecor. Semangat nie nak buat Cupcakes bendera Malaysia.


 
Nampak tak kesemangatan kami di situ. Nak menghasilkan Cupcake Bendera Malaysia.


 
YY di tugaskan untuk buat Color Biru , Putih dan Kuning tuk bendera Malaysia nie. Cik Lily buat Color merah. Kitaorang buat cukup-cukup masa, kumpulan lain tue siap ada hiasan pelbagai. Nampak sangat kitaorang memang ‘hebat’ bab buat cupcake. #TDMA.

 
Dan akhirnya Cupcakes kami siap. Nampak tak, bangga nyer kami dengan Cupcakes Hasil tangan sendiri. Seperti bangga nya kami menjadi Rakyat Malaysia. Smile
 


Dari Pandangan Dekat cupcake kami, Tang Bintang dan bulan tue payah bebenor. Puas jugak atur strategi camne nak buat. Atas bantuan Hubby Cik Lily, itu lah hasil nya. YY duk picit ikut arahan jerk, nasib nampak macam Bulan dan Bintang, Kalau jadi bentuk lain, ntah lah. Ekekekekke.


 
377619_492433060766791_1922182765_n
Picture from clevermunkey.com


 
Haaa, nampak tak betapa seronoknya YY bersama kengkawan buat cupcake. Jadi kalau korang pun nak rasa keseronokkan nya, dengan memenangi hadiah yang bernilai RM100,000 . Jom sertai Celcom Cupcake Challenge. Senang bebenor cara nya.
 



Cara – Cara nak menyertai Celcom Cupcake Challenge
  1. Buat cupcake yang berasaskan Malaysia. Terpulang lah nak buat design camne pun, janji Tema Malaysia yaaa.
  2. Like Facebook Celcom Cupcake Malaysia --->> SINI
  3. Tangkap gambar cupcake korang tue, dan upload ke --->> SINI
  4. Penyertaan yang mendapat LIKE tertinggi sehingga 23 September 2012 , 55 orang tertinggi akan ke peringkat seterusnya.
  5. Peringkat akhir akan di adakan pada 29 September 2012.



Cabaran Cupcake ini akan berlangsung dari 30 Ogos 2012 – 24 September 2012 .

Celcom Cupcakes537

55 Cupcake yang mendapat LIKE tertinggi akan membuat cupcake secara realiti pada peringkat Akhir 29 September 2012. Pemenang akan di pilih oleh juri profesional dan penonton. Di ingatkan yaa, pemenang dipilih berdasarkan kreativiti, keunikkan dan persamaan dengan gambar yang di hantar untuk penyertaan awal.




Hadiah :

Tempat Pertama – Samsung Galaxy SIII & RM 10,000 tunai

Tempat Kedua    - Samsung Galaxy SIII & RM 5,000 tunai

Tempat Ketiga    - Samsung Galaxy SIII & RM 2,000 tunai

Saguhati ( tempat ke 4-55 ) – LG Prada



Nampak tak, meriah kan hadiah nya. Apa lagi, cecepat buat cupcake. Cara nak buat cupcake YY dah tunjuk pun. Mana tahu korang boleh menang besar. Untung-untung boleh belanja YY nanti. Hihihihihi. Chaiyookkk3x.



Dan,jangan lupa ada Free Cupcake pada 16 September 2012 nie sempena Hari Malaysia di tempat- tempat terpilih. Yeaaah, jom kita serbuuuuu !!!! Lokasi korang kena LIKE lah www.facebook.com/cupcakeschallenge




Maklumat Lanjut boleh ke Facebook Celcom Cupcake Challenge atau www.celcom.com.my




LIKE FACEBOOK CELCOM CUPCAKE CHALLENGE –>> SINI





P/S : Good Luck Uolssss
  








5 comments:

  1. Salam kenal YY..

    Bestnya dapat join class baking cupcakes ni. Bertuah eh..

    Cantik awak buat.

    By the way, banyak info menarik dari blog ni. Mummmy suka sangat dan nak follow lah.. nanti singgah blog Mummy n follow back yea! Take Care!

    ReplyDelete
  2. yana, jalur tu mmg ade 12 aje ke?

    ReplyDelete
  3. giler gempak hadiahnyaaa...huhuuu...

    ReplyDelete
  4. ala... saya tak pandai buat cupcakes..

    ReplyDelete
  5. waaahhh sedapnyer cupcake... comel2 plak tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © Yana Yassin Designed by Ms.Azhafizah